Thursday, 8 March 2018

Cara Nak Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum pembaca blog amir

Apa khabar?

kali ni saya nak kongsikan dengan anda semua kisah saya selepas menggunakan set kulit shaklee. set ni saya beli awal tahun lepas lagi tapi sehingga sekarang masih belum habis. memang jimat.

set yang saya amalkan sehingga sekarang adalah set ini.



 untuk lelaki, saya cadangkan ambil

1) Vitamin E (120 biji)
2) Vitamin C (180 biji)
3) B-complex (120 biji)

sehari cuma telan sebiji sahaja. bila jumpa kawan, mereka selalu tanya saya pakai pencuci muka jenama apa. hehe. saya memang tak pakai pencuci muka dah lama. saya cuma amalkan supplement shaklee sahaja. selain dapat kesihatan dalaman, penjagaan kulit muka yang sihat pun saya dapat sekali. 2 in 1.


 saya yang belah kanan tu. sebelum makan supplement, badan saya rasa letih, lesu, lemah, tak bermaya, muka pun nampak tak cukup tidur dan muka kusam. alhamdulillah. supplement shaklee sesuai untuk saya. jerawat pun memang tak pernah timbul. alhamdulillah.

kesihatan dalaman pun rasa ada perubahan. muka pun dah nampak macam korea semacam jerr sejak amalkan set ni. hahaha. betul ke perempuan malaysia suka artis korea? opss. hehe. so, jejaka jejaka malaysia yang kacak kena makan set ni untuk bagi nampak 'korean' sikit dan lebih kacak. hahahaha.

untuk perempuan pula, saya cadangkan amalkan set ini.



 yang perempuan kena tambah ESP satu. sebab ESP memang bagus untuk kecantikan wajah perempuan.

bagi yang nak dapatkan set ini, boleh hubungi saya seperti di bawah. insyaAllah saya akan sertakan sekali dengan 'tips exclusive' bagi mereka yang hanya order direct dari saya.

biasanya saya poskan guna POSLAJU. 1 hari dah sampai insyaAllah.

Jika nak rawatan semulajadi untuk hilangkan jerawat, boleh rujuk ke artikel ini.

Selepas 3 Bulan di University

 Sudah nak dekat 3 bulan saya 'hidup' di University. Ini first time saya tunjuk gambar, bagaimana saya menjalani kehidupan di sana.

Alhamdulillah so far so good. University's life is not that bad. Haha.

 Ada kawan-kawan saya ingat yang saya ni anak ahli bisnes. saya pun tak tahu dari mana mereka dapat 'spekulasi' tu padahal yang sebenarnya adalah ahli bisnes itu adalah saya sendiri. hahaha.

Alhamdulillah.

percaturan Allah itu indah. Allah 'rehatkan' saya selama setahun daripada terus menyambung pelajaran rupa-rupanya dia nak saya focus bisnes online selama setahun sampai stabil dulu.

syukur juga sebab hasil pendapatan daripada perniagaan online yang saya jalankan ini dapat menampung yuran pengajian saya untuk semester pertama yang berjumlah hampir RM7k.

bagi university swasta, RM7k itu di kira 'standard' kot. agak berat juga saya rasa bila nak bayar yuran sebanyak RM7k itu tadi kat pejabat kewangan sebab itu adalah hasil titik peluh saya sendiri hasil saya berbisnes online.

kawan-kawan saya yang lain, kebanyakkannya ibu bapa mereka yang tanggung. memang terasa agak sayu juga bila fikirkan yang mereka boleh bergantung pada ibu bapa mereka namun saya tidak begitu.

walaupun ibu bapa saya kurang mampu, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki yang agak melimpah ruah melalui bisnes online yang saya jalankan di blog ini dan blog www.getaharab.com

jadi, bila di fikir kembali. Allah sudah atur jalan yang terbaik untuk bagi rezeki kepada hambanya. kalau kawan-kawan saya yang lain, Allah bagi ibubapa yang mampu tanggung semua yuran, tapi untuk saya, Allah bagi satu bisnes yang stabil yang mampu menjana 4 angka setiap bulan. alhamdulillah.


 tadi saya dah bayar 5k. esok saya nak bayar lagi 1.8k baki tu. kadang-kadang saya terfikir, pendidikan kalau di jadikan 'bisnes' ia mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan. hahaha.

ramai kawan saya yang mohon PTPTN, MARA dan lain-lain. nak study pun kena berhutang. bila dah kerja nanti, bayar balik hutang yang telah di cipta. tu pun kalau dapat kerja. ijazah dari sesebuah university tak menjanjikan peluang kerja kepada kita tau. yang terbaik adalah kita sediakan peluang pekerjaan untuk orang lain.

ok lah. sekian coretan saya sebagai mahasiswa berbisnes :)

p/s : saya yang kanan tu. saya amalkan set shaklee vitamin e + vitamin c dan b complex. sebab tu nampak 'segar' sikit. hahaha.

Thursday, 4 May 2017

Kursus Perkahwinan di Mahligai Firdaus

Berita baik kepada semua pasangan yang ingin mengikuti kursus perkahwinan di Mahligai Firdaus, Setiawangsa. Kami ingin menjimatkan masa anda semua dengan mengikuti kursus di sini. Kursus di sini merangkumi semua aspek yang di kehendaki oleh JAWI/JAKIM. Pihak pengurusan akan mengutamakan masa setiap pasangan yang mengikuti kursus perkahwinan di sini. Anda boleh bandingkan masa perjalanan kursus di Mahligai firdaus dengan pusat2 kursus kahwin yang lain.



Perhatikan jadual di sini :

Hari Sabtu :

Pendaftaran pada pukul 9.00pg - 10.00 pg

Sesi Pertama : 10pg - 12 tghari

Sesi Kedua : 12.30 tghari - 2.30ptg

Sesi Ketiga : 2.45ptg - 4.45ptg

Sesi Keempat : 5.00ptg - 7.00ptg

Jadual Hari Ahad :

Sesi Kelima : 9.00pg - 11.00pg

Sesi Keenam : 11.15pg - 1.15 ptg

*Masa Solat -15min

*Waktu Makan- 30min

*Minum Pagi/Petang - 15min

Tamat semua sesi : Di samping mendapat ilmu agama daripada penceramah yang amat berpengalaman, anda semua mempunyai masa yang panjang untuk berehat di rumah. Kami amat mengutamakan setiap pelangan yang mengikuti kursus perkahwinan disini.

Kursus pra perkahwinan Mahligai Firdaus  kuala lumpur ini telah mendapat pengiftirafan daripada JAKIM,  Kursus ini di jalankan di setiawangsa kuala lumpur. Berdekatan dengan LRT PUTRA setiawangsa dan juga bersebelahan dengan MAYBANK & BSN.

Amat mudah sekiranya peserta ingin mencari Mahligai Firdaus. Ikut tangga sebelah kiri BSN dan selepas itu jalan terus sampai jumpa MAYBANKselepas itu belok sebelah kanan dan akan jumpa mahligai Firdaus ( bersebelahan MAYBANK & BSN ) amat mudah kan.

Sekiranya ingin mencari tempat kursus perkahwinan mahligai firdaus, setiawangsa. sila rujuk ke Google map yang di reka khas untuk anda semua.. ia amat mudah untuk di cari.

Jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang tempat yang ada mengadakan kursus kahwin yang berdekatan dengan tempat tinggal anda, boleh anda rujuk ke laman ini untuk maklumat yang berkenaan.



Tuesday, 2 May 2017

Perkembangan Cik Sofiya

Lama tak update pasal perkembangan si bayi yang semakin membesar ni. Lewat sangat update karang lupa pula exact date perkembanga si kecil sofiya ni. Sebelum ni  aku dah cerita sejak dari bulan pertama sampai la bulan ke-5. Tapi untuk bulan ke-6 aku ingat² lupa pula apa perkembangan si comel ni. Tu la, malas lagi update blog, padan muka. Hurmm, rasanya tak banyak yang menarik perhatian pada bulan ke-6 ni. Yang pasti, masa hujung bulan ke-6 tu baru interesting sikit. Yang bestnya, sofiya dah tumbuh gigi. Alhamdulillah yeah!

Mulanya tak sedar juga gigi chemek ni dah tubik. Ye la 2-3 orang juga cakap gigi sofya macam tumbuh awal. Tunggu² punya tunggu punya tunggu, tapi tak keluar². Sudahnya malas nak cek. Sedarnya bila pengasuh maklum gigi bawah dia dah keluar. Seronok plus terkejut juga masa tahu tu. Bila cek² mulut dia, nampak 2 butir, comel je. Patut gatal nak menggigit je chemek ni. Bila belek² semula album dalam henset, ada rupanya gambar chemek ni kena paksa tunjuk gigi brutal betul abah sofya ni.

Cer tengok, comel tak gigi chaye?


Kemudian, bila jam berganti hari. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, tak sampai sebulan sofya dah mula menunjukkan perkembangannya lagi.  Mula je masuk bulan ke 7, sofya dah mula merangkak! Walaupuan masih berat bontot untuk betul² merangkak, tapi sofya memang dah boleh ke depan, dan ya, dengan tangan semata! Kaki tak guna langsung. Dah macam askar wataniah pun ada chemek ni. Kuat betul tangan dia. Sedarnya pun pengasuh yang beritahu dulu. Selalu saja tak nampak dulu. hmmm.

Lepas beberapa minggu ni makin ligat la jadinya si sofya ni merangka ala² wataniah. Bersih berkilat lantai. Sekarang tidur atas katil pun risau benar. Harap dijauhkan la dari tergolek dari katil, nauzubillah. Jadi sekarang ni just biarkan dia kerap meniarap dan tergolek sesuka hati kat lantai je la. Biar kasi kuat tangan, dada, kaki dan segala anggota. Tengok dari segi prestasi pun ada potensi jadi tukang kemas kat rumah ni. Habis semua dicapainya dan semuanya ke mulut. sofya sofya.

Dan hari ni juga [semalam extually] si sofya ni dah pandai pula buat bunyi² pelik dari mulut. Ntah dari mana dia menuntut pun aku tak pasti [ntah² aku sendiri yang ajar. ada kot aku tunjuk buat² bunyi tapi tak ada pula aku ajar step macam mana nak buat]. Bila aku tanya tak jawab pula tu, buat muka selambe gaban si sofya ni..haha



Friday, 17 March 2017

Tahu Tapi Buat Tak Tahu

Sebenarnya bagus kalau kita tahu banyak perkara. Belajar sesuatu yang baru dan cuba menguasainya. Kadang-kala kita mampu melakukan sesuatu perkara tanpa perlu menunggu atau meminta pertolongan orang lain. Maksud hadis ada menyebut [lebih kurang bunyinya],

“Hebatnya seseorang itu adalah apabila dia mampu melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

dan..

“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain.”
( H.R Al-Baihaqi )

Tapi masalahnya, bila kita telah mendapat kepercayaan orang lain, kita kadang-kala diperguunakan atas kebolehan yang kita miliki. Pening juga kepala dan hati pasti berbelah bagi sama ada perlu berrtolak ansur atau terpaksa rela dengan permintaan orang lain sedangkan kemampaun kita terbatas.



Manusia normal hanya dikurnia, satu otak untuk berfikir, 2 tangan dan 2 kaki. Cukup untuk melakukan banyak perkara. Tapi sejauh mana kita tahu dan dapat menilai keterbatasan tulang empat kerat kita untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh orang lain?

Sebagai khalifah Allah, amanah adalah perkara paling berat untuk ditanggung. Jika amanah tak tertunai, pasti saja kredibiliti seseorang itu akan jatuh dan maruah pasti memberi kesan. Acapkali pilihan perlu dibuat

- untuk menerima amanah itu atau terus menolak?


Fikiran tetap bingung dan hanya Tuhan saja tau bagaimana hati kecil bercelaru mencari keputusan. Mungkin saatnya telah tiba untuk mengorbankan maruah asalkan amanah yang termampu berjaya dipikul berbanding menanggung amanah tanpa mampu menjaganya. Jadi, akui kemampuan diri dan teruskan tanggungjawab seperti biasa.

oh, aku bingung.

Friday, 24 February 2017

Kehadiran Insan

Dunia sepi tanpa bicara
Hanya berteman gelap tanpa cahaya
Parasit muncul pencetus bahagia
Di alam rahim di kau menjelma

Sang ibu tabah menempuh duga
Sembilan bulan dikau dalam kandungannya
Gerak tubuh kecilmu meriak tawa mesra
Buat penyeri pasangan tercinta
Ilmu disemai kasih dicurah
Khasiat ditabur menguat tubuh
Harapan menjulang disemat utuh
Bagai menatang minyak yang penuh

Masa dinanti kian terasa
Menanti lahir jiwa kurniaan-Nya
Rahmat Illahi dipanjatkan sentiasa
Semoga urusan hamba-Mu ini dipermudahkan segala
===
Buat jiwa yang akan lahir ke dunia
Buat penyeri alam dunia,
Juga sang isteri yang tercinta,
Moga dipermudah urusan segala. Amiin

Sunday, 12 February 2017

Cinta Dan Perkahwinan

Ada berbillion-billion manusia di bumi ini. Ada beribu-ribu manusia yang jatuh cinta dan berkahwin setiap hari, sama ada kita jatuh cinta dan berkahwin kerana diaturkan keluarga, atau kerana pilihan sendiri. Tapi tak kira sama ada ia pilihan keluarga atau pilihan sendiri, kita patut tahu seperti apakah cinta dan perkahwinan itu.
Anda kenal Plato? Ya, Plato ialah seorang ahli falsafah Yunani Klasik yang hidup (428-327 SM)sewaktu zaman Socrates. Beliau menjadi anak murid kepada Socrates dan pernah bertanyakan kepada Socrates dua soalan yang sukar, tentang apakah cinta dan perkahwinan. Jika soalan ini ditanya kepada orang lain, mungkin berjela-jela jawapan yang diberi. Tapi Socrates telah memberikan jawapan yang mudah kepada Plato, dalam lagenda yang telah diabadikan dalam cerita di bawah.
Suatu hari, Plato bertanya kepada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemuinya?”
Gurunya menjawab, “Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemui ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya, kamu telah menemukan cinta.”
Plato pun berjalan, dan tidak berapa lama kemudian, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apa pun.
Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satu pun ranting?”
Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh undur kembali. Sebenarnya, aku telah menemui ranting yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada ranting yang lebih menakjubkan lagi di depan sana. Jadi, aku tidak ambil ranting tersebut.

Ketika aku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru ku sedari, bahawasanya ranting-ranting yang ku temukan kemudian, tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi di penghujung perjalanan, tak ku ambil sebatang ranting pun pada akhirnya.”
Guru Plato kemudian menjawab, “Jadi, itulah yang dikatakan cinta.”
Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi kepada gurunya, “Apa itu perkahwinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?”
Gurunya pun menjawab, “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah, dan tanpa boleh undur kembali, tebanglah satu pohon yang paling tinggi kamu temui.”
Plato pun berjalan, dan tidak berapa lama kemudian, dia pun kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar atau subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa, sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya.
Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”
Plato pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku sebelum ini, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku telah kembali dengan tangan kosong. Jadi di kesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat. Jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mahu menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya.”
Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan itulah yang dikatakan perkahwinan.”
Dalam cerita di atas, kita belajar, bahawa kadangkala kita terlalu mencari seseorang yang ‘perfect’, untuk dicintai. Kita mencari yang lebih baik, daripada yang baik. Walaupun kadang-kadang kita telah menemui yang baik, kita tinggalkannya, dan berjalan lagi untuk mencari yang lebih baik. Semua ini kerana kita selalu tidak puas dengan apa yang ada. Kita selalu beranggapan bahawa ada yang lebih baik untuk kita di luar sana.
Akhirnya apabila sudah tiba di penghujung jalan, baru kita sedar, bahawa orang sempurna yang kita kejar-kejar selama ini, sudah tiada lagi di hadapan. Orang sempurna tersebut sebenarnya adalah orang yang sudah kita tinggalkan di belakang. Namun untuk berpatah balik dan mendapatkan semula orang sempurna itu, mungkin sudah tidak boleh lagi, kerana kita telah lama melepaskannya pergi. Itulah ‘ranting menakjubkan’ yang tidak kita petik sewaktu kita telah menemuinya.
Apabila seseorang sudah belajar dari pengalaman ini, maka apabila dia mahu memilih jodoh untuk perkahwinannya, dia tidak akan bersikap terlalu memilih lagi seperti ketika dia mencari cinta. Dia pasti tidak mahu bersendirian di penghujung usianya. Oleh itu, setelah menemui calon yang agak sesuai dengan dirinya, dia pasti tidak akan memandang lagi ke arah lain.
Dan ya, itulah cinta dan perkahwinan. Anda tidak percaya? Cuba lihat keadaan sekeliling dan tanyalah orang-orang yang anda kenali… anda mungkin akan teringat kepada lagenda Plato ini…