Friday, 17 March 2017

Tahu Tapi Buat Tak Tahu

Sebenarnya bagus kalau kita tahu banyak perkara. Belajar sesuatu yang baru dan cuba menguasainya. Kadang-kala kita mampu melakukan sesuatu perkara tanpa perlu menunggu atau meminta pertolongan orang lain. Maksud hadis ada menyebut [lebih kurang bunyinya],

“Hebatnya seseorang itu adalah apabila dia mampu melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

dan..

“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain.”
( H.R Al-Baihaqi )

Tapi masalahnya, bila kita telah mendapat kepercayaan orang lain, kita kadang-kala diperguunakan atas kebolehan yang kita miliki. Pening juga kepala dan hati pasti berbelah bagi sama ada perlu berrtolak ansur atau terpaksa rela dengan permintaan orang lain sedangkan kemampaun kita terbatas.



Manusia normal hanya dikurnia, satu otak untuk berfikir, 2 tangan dan 2 kaki. Cukup untuk melakukan banyak perkara. Tapi sejauh mana kita tahu dan dapat menilai keterbatasan tulang empat kerat kita untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh orang lain?

Sebagai khalifah Allah, amanah adalah perkara paling berat untuk ditanggung. Jika amanah tak tertunai, pasti saja kredibiliti seseorang itu akan jatuh dan maruah pasti memberi kesan. Acapkali pilihan perlu dibuat

- untuk menerima amanah itu atau terus menolak?


Fikiran tetap bingung dan hanya Tuhan saja tau bagaimana hati kecil bercelaru mencari keputusan. Mungkin saatnya telah tiba untuk mengorbankan maruah asalkan amanah yang termampu berjaya dipikul berbanding menanggung amanah tanpa mampu menjaganya. Jadi, akui kemampuan diri dan teruskan tanggungjawab seperti biasa.

oh, aku bingung.