Thursday, 23 December 2010

Weblog Popular 1Malaysia

Weblog Popular 1Malaysia
Untuk makluman kamu semua, sebelum ni aku ada menulis entri promo untuk contest Weblog Popular 1Malaysia yang dianjurkan oleh tuan punya blog www.denaihati.com yang mana hadiahnya boleh tahan lumayan kerana nilainya mencecah bukan ratusan ringgit tapi ribuan ringgit. Ya ribuan ringgit dan ianya dalam bentuk CASH. Oleh kerana itu, entri kali ini pula adalah entri susulan dari entri promo tersebut kerana pada entri kali ini aku akan menamakan 1 blog sebagai Weblog Popular 1Malaysia.

Agak sukar juga sebenarnya untuk aku memutuskan blog mana yang sangat-sangat sesuai dicalonkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia memandangkan terlalu banyak blog yang boleh aku calonkan. Namun setelah difikir semasak-masaknya berdasarkan beberapa faktor (cewah) yang bersesuaian dengan penganjur contest itu sendiri dan membantu beliau mencapai matlamatnya dalam penjenamaan Denaihati itu sendiri maka, Weblog Popular 1Malaysia pilihan World Of Mohd. Azizwan ialah


Ya, blog www.rohaizad.com menjadi pilihan aku.

Kenapa aku memilih blog Rohaizad? Macam yang aku cakap kat atas tadi, aku mencalonkan blog Rohaizad ini sebagai Weblog Popular 1Malaysia adalah kerana aku merasakan ianya bersesuaian dengan penganjur contest. Ini kerana, sejak aku mengikuti blog Rohaizad terlalu banyak perkara yang aku perolehi dan aku pelajari antaranya tips-tips mengenai dunia blogging dan yang lebih penting, tips dan rahsia dalam menghasilkan duit melalui blog. Cuma kadang-kadang rasa sakit hati juga dengan Rohaizad ni sebab ada rahsia yang tidak beliau dedahkan secara langsung. Huhu..

Antara contoh entri yang baik punya dari Rohaizad:

Antara contoh entri yang baik punya dari Rohaizad:
- Perlukah modal yang besar untuk (asas) bermula?
- Blogging: Advertiser + Keyword + SEO = $$$
- Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 1
- Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 2
- Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 3
- Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian akhir.
- dan banyak lagi..
Selain itu, seiring dengan hasrat Denaihati untuk menjadikan blognya sebagai blog wajib lawat dimana beliau berhasrat menjadikannya sebagai blog yang mampu memberikan pulangan kepada sesiapa sahaja (win win situation), blog Rohaizad adalah blog yang paling sesuai untuk Denaihati mendapatkan informasi dan selok-belok untuk mencapai hasrat’nya itu kerana bro Rohaizad sendiri telah berjaya mencipta branding’nya walaupun matlamat blog rohaizad tidak seperti matlamat blog Denaihati (mungkin). Tapi kalau nak ilmu secara total, kenalah follow seminar beliau. Hehe..
Rasanya itu sahaja yang boleh aku nyatakan kenapa aku mencalonkan blog Rohaizad sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Dan bagi aku secara peribadi, blog beliau memang layak (bodek sket) untuk menerima gelaran Weblog Popular 1Malaysia antara kebanyakkan blog yang aku selalu usya kerana blog beliau sangat informatif lagi-lagi mengenai ‘buat duit melalui blog’. So, jika Denaihati ingin mencari blog yang sesuai sebagai rujukan bagi memantapkan blog sendiri, blog Rohaizad adalah blog yang paling sesuai. Trust me 

Just nak mention sekali lagi walaupun aku dah buat entri promo sebelum ni dimana hadiah lumayan contest ini ditaja oleh SAUDACARE dan juga ANISHA ONLINE MALL.