Weblog Popular 1Malaysia
Untuk makluman kamu semua, sebelum ni aku ada menulis entri promo untuk contest Weblog Popular 1Malaysia yang dianjurkan oleh tuan punya blog www.denaihati.com
yang mana hadiahnya boleh tahan lumayan kerana nilainya mencecah bukan
ratusan ringgit tapi ribuan ringgit. Ya ribuan ringgit dan ianya dalam
bentuk CASH. Oleh kerana itu, entri kali ini pula adalah entri susulan
dari entri promo tersebut kerana pada entri kali ini aku akan menamakan 1
blog sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
Agak sukar juga sebenarnya untuk aku memutuskan blog mana yang sangat-sangat sesuai dicalonkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia
memandangkan terlalu banyak blog yang boleh aku calonkan. Namun setelah
difikir semasak-masaknya berdasarkan beberapa faktor (cewah) yang
bersesuaian dengan penganjur contest itu sendiri dan membantu beliau
mencapai matlamatnya dalam penjenamaan Denaihati itu sendiri maka, Weblog Popular 1Malaysia pilihan World Of Mohd. Azizwan ialah
Ya, blog www.rohaizad.com menjadi pilihan aku.
Kenapa aku memilih blog Rohaizad? Macam yang aku cakap kat atas tadi, aku mencalonkan blog Rohaizad ini sebagai Weblog Popular 1Malaysia
adalah kerana aku merasakan ianya bersesuaian dengan penganjur contest.
Ini kerana, sejak aku mengikuti blog Rohaizad terlalu banyak perkara
yang aku perolehi dan aku pelajari antaranya tips-tips mengenai dunia
blogging dan yang lebih penting, tips dan rahsia dalam menghasilkan duit
melalui blog. Cuma kadang-kadang rasa sakit hati juga dengan Rohaizad
ni sebab ada rahsia yang tidak beliau dedahkan secara langsung. Huhu..
Antara contoh entri yang baik punya dari Rohaizad:
Antara contoh entri yang baik punya dari Rohaizad:
- Perlukah modal yang besar untuk (asas) bermula?
- Blogging: Advertiser + Keyword + SEO = $$$
- Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 1
- Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 2
- Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian 3
- Menjana pendapatan melalui blogging – bahagian akhir.
- dan banyak lagi..
Selain itu, seiring dengan hasrat Denaihati untuk
menjadikan blognya sebagai blog wajib lawat dimana beliau berhasrat
menjadikannya sebagai blog yang mampu memberikan pulangan kepada sesiapa
sahaja (win win situation), blog Rohaizad adalah blog yang paling
sesuai untuk Denaihati mendapatkan informasi dan selok-belok untuk
mencapai hasrat’nya itu kerana bro Rohaizad sendiri telah berjaya
mencipta branding’nya walaupun matlamat blog rohaizad tidak seperti
matlamat blog Denaihati (mungkin). Tapi kalau nak ilmu secara total,
kenalah follow seminar beliau. Hehe..
Rasanya itu sahaja yang boleh aku nyatakan kenapa aku mencalonkan blog Rohaizad sebagai Weblog Popular 1Malaysia. Dan bagi aku secara peribadi, blog beliau memang layak (bodek sket) untuk menerima gelaran Weblog Popular 1Malaysia
antara kebanyakkan blog yang aku selalu usya kerana blog beliau sangat
informatif lagi-lagi mengenai ‘buat duit melalui blog’. So, jika
Denaihati ingin mencari blog yang sesuai sebagai rujukan bagi
memantapkan blog sendiri, blog Rohaizad adalah blog yang paling sesuai.
Trust me
Just nak mention sekali lagi walaupun aku dah buat entri promo sebelum ni dimana hadiah lumayan contest ini ditaja oleh SAUDACARE dan juga ANISHA ONLINE MALL.

No comments:
Post a Comment