Hari ni aku ada tugasan di UTM IC, KL. Aku berlepas awal pagi dari Airport Senai untuk urusan kerja di Jalan Semarak. On planning, belah petang aku akan ke Hari Terbuka Arkib di Jalan Duta KL. Ni kali pertama aku jejak kat Arkib ni. Yang Arkib kat Memorial Tun Hussein Onn tu dah biasa dah aku pergi.
Jadi mana yang tak berpeluang ke Arkib Negara ni, meh aku kongsi sikit disebalik tembok Arkib Negara, Jalan Duta yang tak termasuk dan tak tersenarai langsung pun dalam senarai percutian anda saat cuti sekolah ni.
Tepat 2.50 petang aku bersama rakan sekerja tiba kat Arkib Negara Malaysia Jalan Duta selepas mengharung jem yang menggila akibat Perhimpunan Agung UMNO kat PWTC sana. Selepas mendaftar, grup kami di bawa masuk ke unit pemuliharaan . Aku lupa istilah sunskrit unit ni, ala² medical term gitu. Tapi tempat ni lebih kepada tempat pemulihan kertas² yang tercatat maklumat penting di atasnya.
Semua askpek pemuliharaan dokumen diterangkan dengan jelas oleh staf Arkib ni. daripada membaik pulih kertas koyak sehinggalah kepada menjahit kertas dan membukukannya menggunakan kulit anak lembu, diulangi ya, kulit anak lembu.
Selesai unit pemuliharaan dan penjilidan ni, kami di bawa ke Dewan Penyelidikan. Di sinilah tempat penyelidik merujuk semua rekod2 lama dahulu kala milik negara kita. Boleh dikatan semua jenis bahan boleh dirujuk di sini. Tapi sebelum anda dibenarkan masuk untuk meminjam, anda perlu mendaftar sebagai penyelidik dulu, macam saya, dah ada kad penyelidik!
Sedara ni seronok bercerita kepada kami, dan aku pulak sibuk menangkap gambar diorang. Cumanya, lepas keluar dari dewan tu, aku baru sedar kamera adalah dilarang masuk! haha, nasib la dah ambil, diorang pun selamber jek. So korang bertuah dapat tengok keadaan dalam Dewan Penyelidikan ni.
Hampir 20 minit di Dewan Penyelidikan ni, kami terus dibawa menaiki van ke bangunan penyimpanan rekod audio visual [AV]. Kami dimaklumkan, bangunan baru ni khas untuk penyimpanan rekod² AV sahaja.
Menariknya, kami sebagai pelawat dibenarkan masuk ke ruang penyimpanan rekod AV yang pada hari² biasa orang luar tidak dibenarkan masuk. Uniknya lagi, nak masuk ke dalam ruang penyimpanan dia pun kena melalui satu bilik angin [untuk membuang habuk pada pakaian]. Tak ubah macam nak masuk bilik operation theater bagi aku.
Kemudiannya kami di bawa melihat ke ruang pameran peralatan AV daripada dahulu sehingga la sekarang. Menarik, sangat2 menarik. Music box dia pun boleh pakai lagi.
Tu la sebahagian unit yang sempat aku lawat dalam sejam setengah kat Arkib Negara Jalan Duta tu. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Kalau ada yang berminat esok [2 dis] hari akhir pameran. kalau tak berkesempatan tunggu la tahun depan. Jangan la nangis ye. -_+
Malangnya, gambar sendiri pula tak sempat nak ambil.
Tuesday, 17 December 2013
Saturday, 4 May 2013
Majlis Resepsi Menjelang PRU13
Hari ni, menjelangnya PRU13 esok, aku sempat lagi makan nasi minyak member, kali ni giliran Wan Zd pula. Rakan sekelas dibangku sekolah dulu. Memang geng² kitaorang dah tau, Wan dah bertunang tahun lepas, dan dengar² tahun ni langsungnya cuma tak tau bila. Kebetulan masa majlis resepsi Razzi Mac lepas baru dia declare nak langsung bulan 5. Alhamdulilllah, selamat lagi sorang member sekolah aku.
Temannya pula, satu kapal juga dengan sang isteri aku. Bila dah jumpa memang loghat ngganu yang keluar. Nasib baik aku dh menuntut, jadi alah bisa tegal biasa. Heh. Bersama Sang Isteri dan si kecil Sofiya, kami bertandang di rumah penggantin tepat jam 1.30 petang. Sebelum balik, sempat juga bergambar dengan diorang, bukti dah datang.
Untuk tahun ni 2 org member sekelas dah kahwin dan aku sempat pergi. Si Wan Zd ni dengan Razzi aka Matkaji. Si Razzi resepsi dia Mac lepas. Aku dtg masa tu sebagai tetamu dan fotografer. Dapat la melalui majlis resepsi dia secara penuh. Kalau Wan Zd aku tak tau aturcara dia macam mana. Tapi masa Razzi kira meriah juga. Dengan konvoi motor, instiadat kawad, nak potong kek pun ada istiadat potong kek. Memang marveles.
Polis kan, memang spesial sikit. Yang bestnya, tu la first time aku dapat tengok istiadat penuh bila polis berkahwin. Dengan uniform dengan pedang bagai. Kau ada?
Tak kisah la cara mana pun majlis tu berlangsung, moganya tak lari daripada syariat dan tujuan sebenar. Dan yang paling penting moga diberkati dan diredhai Illahi.
Menariknya lagi, diorang berdua ni cari partner jauh², tak main dekat² ni. Termasuk la aku. Heh. Malaysia ni mungkin tak besar mana. Sekejap je dah boleh sampai. Jehan miskin pun dapat kahwin orang korea, lagikan pula kita yang dah merantau ni.
Selepas ni menanti 2-3 orang lagi geng bas sekolah untuk tamatkan zaman bujang diorang. Kami sekelas masa sekolah menegah dulu 5 orang je heronya. 5 orang dah selesai Din, amir, aku, kaji, dan wan. 3 lagi menanti hari riza, topik dan fairuz. Moga cepat dipertemukan jodoh beb!
Dan kami juga tak nak lepaskan peluang untuk cam-whore di majlis Wan Zd. Di..

Subscribe to:
Comments (Atom)