Saturday, 4 May 2013

Majlis Resepsi Menjelang PRU13

Hari ni, menjelangnya PRU13 esok, aku sempat lagi makan nasi minyak member, kali ni giliran Wan Zd pula. Rakan sekelas dibangku sekolah dulu. Memang geng² kitaorang dah tau, Wan dah bertunang tahun lepas, dan dengar² tahun ni langsungnya cuma tak tau bila. Kebetulan masa majlis resepsi Razzi Mac lepas baru dia declare nak langsung bulan 5. Alhamdulilllah, selamat lagi sorang member sekolah aku.

Temannya pula, satu kapal juga dengan sang isteri aku. Bila dah jumpa memang loghat ngganu yang keluar. Nasib baik aku dh menuntut, jadi alah bisa tegal biasa. Heh. Bersama Sang Isteri dan si kecil Sofiya, kami bertandang di rumah penggantin tepat jam 1.30 petang. Sebelum balik, sempat juga bergambar dengan diorang, bukti dah datang.



Untuk tahun ni 2 org member sekelas dah kahwin dan aku sempat pergi. Si Wan Zd ni dengan Razzi aka Matkaji. Si Razzi resepsi dia Mac lepas. Aku dtg masa tu sebagai tetamu dan fotografer. Dapat la melalui majlis  resepsi dia secara penuh. Kalau Wan Zd aku tak tau aturcara dia macam mana. Tapi masa Razzi kira meriah juga. Dengan konvoi motor, instiadat kawad, nak potong kek pun ada istiadat potong kek. Memang marveles.

Polis kan, memang spesial sikit. Yang bestnya, tu la first time aku dapat tengok istiadat penuh bila polis berkahwin. Dengan uniform dengan pedang bagai. Kau ada?

Tak kisah la cara mana pun majlis tu berlangsung, moganya tak lari daripada syariat dan tujuan sebenar. Dan yang paling penting moga diberkati dan diredhai Illahi.

Menariknya lagi, diorang berdua ni cari partner jauh², tak main dekat² ni. Termasuk la aku. Heh. Malaysia ni mungkin tak besar mana. Sekejap je dah boleh sampai. Jehan miskin pun dapat kahwin orang korea, lagikan pula kita yang dah merantau ni.

Selepas ni menanti 2-3 orang lagi geng bas sekolah untuk tamatkan zaman bujang diorang. Kami sekelas masa sekolah menegah dulu 5 orang je heronya. 5 orang dah selesai Din, amir, aku, kaji, dan wan. 3 lagi menanti hari riza, topik dan fairuz. Moga cepat dipertemukan jodoh beb!

Dan kami juga tak nak lepaskan peluang untuk cam-whore di majlis Wan Zd. Di..

No comments:

Post a Comment