Thursday, 31 May 2012

Video Pendedahan Mengenai Rosmah Mansor Dipolitikkan

Macam pelik je aku post benda ni. Apa taknya, bukan ada isi apa pun. Huhu.. Tapi tu la, aku tertarik juga nak post sebab dari isu peribadi Datin Seri Rosmah Mansor yang didedahkan oleh pihak yang rapat atau hampir dengan beliau baru-baru ini tetiba beralih kepada perdebatan politik. Maksud aku, komen-komen yang diberikan.

Habis keluar segala PKR, DAP, PAS, UMNO, BN dan segala bagai parti lagi (ada lagi ke parti selain yang dah disebutkan? Hehe). Jadi saja aku tepek komen-komen dari YouTube tu kat sini untuk tatapan korang. Kalau rajin, bolehlah baca. Kalau tak rajin, skip la jawabnya. Huhu..

Pendedahan ekslusif mengenai Rosmah Mansor
Makin jarang plak aku update blog ni yer.. Masa blog down tempoh hari, sebok tanya bila OK balik. Tapi bila dah sihat balik ni, takde juga updatenya. Huhu.. Entah la, aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kena badi kehilangan mood kot gara-gara blog down tempoh hari tu sampai nak update blog pun kena perah otak bagai. Apa kes?

OK la, malas aku nak tulis panjang-panjang sebab entri ni pun sekadar entri tangkap muat je. Yer la, asalkan blog berupdate katanya. Lagipun, kalau aku tulis panjang2 nanti, entah apa pulak jadinya kan. Korang pun tentulah malas nak baca. So, tanpa membuang masa, korang kena layan video penuh kotroversi kat bawah ni.









Persoalannya di sini, wajarkah isu peribadi Datin Seri Rosmah Mansor ini dikaitkan dengan politik since video pendedahan tersebut tiada kaitan dengan mana-mana parti politik (maybe)? Yer la, kan video tu cuma video pendedahan mengenai aktiviti tidak elok yang dilakukan Datin Seri Rosmah Mansor. Kalau nak komen sampai ke parti-parti politik, cari blog yang berkaitan dengan politk sudah. Huhu.

Bagi aku secara peribadi, memang tak wajar benda-benda peribadi beliau ni diperdebatkan sehingga melibatkan parti-parti politik walaupun aku sendiri dah boleh membuang undi untuk next PR sebab video tu kan mengenai hal peribadi beliau, jadi komenlah based on topic. Huhu.. Tapi kalau untuk hal-hal yang berkaitan, maksud aku kepimpinan, rasanya wajar kot supaya suatu hari nanti kita tidak dipimpin oleh orang-orang seperti ini. Allahualam.

Apa-apa pun, itu hak dioranglah kan nak komen ikut apa yang diorang suka since Malaysia ni mengamalkan prinsip kebebasan bersuara yang tak berapa nak bebas pun sebenarnya. Huhu..

Oh, aku tak berani nak komen apa-apa tang pendedahan ekslusif mengenai Datin Sri Rosmah Mansor ni. Nanti komen lebih-lebih, takut aku pula yang jadi sasaran gangster yang seterusnya. Lagi parah kalau aku jadi second altantu*. Seram dowh.. Kepada DSRM, jangan hantar gangster untuk intip saya pulak yer.



No comments:

Post a Comment